• Main
  • News

????️ VIDEO DOKUMENTASI MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN CILIK SESI PETANG SKTSG 2025 ????️

???? Isnin, 28 April 2025
???? Pukul 1.00 - 2.00 Petang
???? Dataran Nilam SKTSG
???? Anjuran Unit HEM SKTSG

Alhamdulillah, majlis selesai dijalankan dengan jayanya. Antara pemimpin cilik yang dilantik ialah :
???? Pengawas Sekolah
???? Pengawas PSS
???? Ketua & Penolong Kelas
???? Briged Surau

Antara objektif / matlamat majlis diadakan ialah :

✅ Membentuk kepimpinan dalam kalangan murid dengan memberi peluang memimpin dan bertanggungjawab di sekolah
✅ Membantu guru dalam mengawal disiplin dan memastikan peraturan dipatuhi oleh semua murid
✅ Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif, selamat dan berdisiplin untuk pembelajaran
✅ Menanam nilai murni seperti amanah, jujur, adil dan bertanggungjawab dalam diri pengawas
✅ Memberi contoh teladan yang baik kepada murid lain dari segi tingkah laku, penampilan dan pencapaian akademik

Diharapkan semua pemimpin cilik yang dilantik dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Selamat bertugas semua pemimpin cilik SKTSG! ????