✨ MAJLIS SANJUNGAN BUDI KENANGAN ABADI PUAN SUZANA BINTI MUSTAPHA ✨
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Suzana binti Mustapha, Penolong Kanan Petang SKTSG telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Kokurikulum di SK Taman Setia. Beliau telah berkhidmat di SKTSG bermula 01 Mac 2024 sehingga 27 Julai 2025. ☺️
Walaupun cuma setahun lebih Puan Suzana di SKTSG, namun kehadiran beliau tetap terasa istimewa. Lembut tutur katanya, manis senyumannya, tegas tapi penyayang, itulah keistimewaan beliau. Semua guru dan murid sayang Puan Suzana.
Kami mengucapkan selamat melangkah ke sekolah baharu dengan doa dan harapan yang terbaik. Terima kasih Puan Suzana kerana menjadi Penolong Kanan Petang yang berdedikasi dan penuh inspirasi. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, semangat dan kasih sayang yang dicurahkan. ????
Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan Puan Suzana. Selamat maju jaya, terus bersinar di sekolah baharu! ✨